Wednesday, May 14, 2014

Tragedi 13 Mei 2014: Selamat Tinggal Singer 8280



Tragedi!!!!

13 Mei 2014 merupakan hari yang sungguh menyedihkan. Satu tragedi telah berlaku di mana kawan baik yang setia selama 4 tahun sudah meninggalkan saya ...

Kawan baik saya ini adalah mesin jahit saya. Semalam, sedang saya menjahit dress untuk anak dara saya, secara tiba-tiba mesin ni sangkut (stuck) dan tak boleh nak bergerak langsung. Perasaan cemas masa ketika itu tak dapat nak digambarkan (macam benda hidup dah tak boleh nak bernafas). Sedih sungguh rasanya. 

Saya cuba untuk kenal pasti apa masalah, habis saya buka semua benang, atas dan bawah. Saya cuba bersihkan dan minyak kan ia. Tapi semua tu tak berjaya...

Bila Encik Suami pulang dari office, saya minta tolong untuk bukakan semua mesin ni..Alhamdulillah, bila dah buka dan minyakkan, handwheel sudah mula boleh berpusing. Masa untuk cuba ON semula mesin, rupa-rupanya tipah tertipu....mesin masih tak bergerak. Bunyi motor pun berbunyi sangat perlahan.

Nampaknya mesin kesayangan saya ini telah tamat riwayatnya.

Sejarah Singer 8280

Mesin kesayangan saya ini berjenama Singer model 8280. Ia merupakan hadiah sempena hari jadi saya oleh emak mertua pada tahun 2010. Masa mula-mula dapat mesin jahit ni, saya langsung tak pandai menjahit. Tengok mesin jahit pun saya takut. Saya tak keluarkan dari kotak pun masa dapat hadiah ni sebab saya memang takut nak handle mesin jahit ni.

Mak saya tailor ambil tempahan jahit baju kurung. Dia memang tak benarkan langsung untuk kami adik beradik sentuh mesin jahit dia. Kalau ada yang mencuba masa mak tak ada di rumah, sure mak tahu ada orang yang sentuh mesin jahit dia. Memang nahas la lepas tu. Tapi masa tu adik saya Lin suka eksperimen hehe.. Mungkin disebabkan itu, saya takut nak pegang mesin jahit.

Bila saya dapat hadiah mesin jahit daripada ibu mertua saya ni, saya macam tak percaya. Dalam fikiran saya, apa lah yang saya nak buat dengan mesin ni. Nak cakap dengan mak mertua masa tu takut. Ye la, orang dah bagi hadiah kan... Jadi, saya simpan mesin ni dan bawa ke Bahrain.

Selama hampir 2 bulan tinggal di Bahrain barulah saya menjinakkan diri untuk buka mesin jahit itu. Daripada langsung tak pandai nak control mesin dan tak tahu apa-apa dengan mesin jahit, sekarang saya dan anak-anak dah boleh pakai baju yang dijahit sendiri.  

Alhamdulillah..terima kasih kepada dunia internet yang luas ni. Saya belajar semuanya sendiri. apa saja yang tak tahu boleh tanya pada encik google. Saya juga banyak follow blog jahitan dari dalam dan luar negara.

Sedih Tak Terhingga

Kembali semula kepada cerita mesin jahit saya. Sedih tak terhingga saya dari semalam. Tak dapat nak membayangkan macam mana tanpa mesin jahit kesayangan saya ni. Bukan sahaja ia dah banyak berkhidmat untuk jahit baju saya dan anak-anak, ia juga saya gunakan untuk menjahit barangan rumah.

Apa kan daya, saya dapat ucapkan adalah Alhamdulillah saya dapat mesin jahit ini 4 tahun lepas..terima kasih Mak (MIL) dan juga terima kasih kepada mesin jahit pertama saya Singer 8280

Khidmat mu selamanya akan dikenang..


1 comment: